Showing posts with label DATO' JAMAL YUNOS. Show all posts
Showing posts with label DATO' JAMAL YUNOS. Show all posts

Tuesday, May 10, 2016

#PRK - ORANG BN KENA TERUS KERJA KUAT UNTUK MEMPERTAHANKAN KERUSI TRADISI KUALA KANGSAR DAN SG. BESAR




Medan Seterusnya, Sungai Besar Dan Kuala Kangsar…


Pilihan Raya Negeri Sarawak kali ke 11 yang memperlihatkan kejayaan Barisan Nasional memenangi PRN ini dengan cukup selesa, tumpuan pastinya terarah kepada Pilihan Raya Kecil di P93 Sungai Besar dan P67 Kuala Kangsar. Ini berikutan kematian penyandangnya Datuk Hajjah Noriah Kason dan Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad akibat kemalangan helikopter di Sebuyau, Khamis lalu.

Memperlihatkan kepada kekosongan Ahli Parlimen di dua Parlimen milik Barisan Nasional ini, pastinya ramai yang tertanya-tanya, apa yang berlaku pada Pilihan Raya Umum yang lalu. Membuka bicara, pastinya di Parlimen P93 Sungai Besar apabila penyandangnya, Allahyarham Datuk Hajjah Noriah Kasnon merupakan salah seorang Ahli Parlimen yang cukup disenangi oleh kawan dan lawannya.


Pada Pilihan Raya Umum yang lalu, Allahyarham berjaya menewaskan lawannya dari PAS, Mohamed Salleh bin M Husin dengan majoriti 399 undi. Parlimen ini majoritinya didiami oleh kaum Melayu dengan menguasai 66 peratus, diikuti dengan kaum Cina sebanyak 31 peratus dan bakinya adalah dari kaum India dengan dua peratus.

Pastinya, Barisan Nasional mahu mengekalkan penguasaan di kerusi ini memandangkan Allahyarham telah berjaya mengekalkan rekod bersihnya di Parlimen ini selama 3 penggal berturut-turut. Apa yang pasti, sehingga kini, PAS dan PAN dilaporkan berminat untuk bertanding dikerusi ini yang pastinya akan mencatatkan satu lagi pertembungan tiga penjuru di kerusi ini.

Bagi Kuala Kangsar pula, kematian penyandangnya, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar pastinya memberi tamparan hebat kepada jentera UMNO dan Barisan Nasional di Kuala Kangsar. Allahyarham dikenali sebagai seorang yang cukup mudah didekati, pastinya ia berita paling menduka citakan bagi penduduk dibawah Parlimen P67 Kuala Kangsar.


Sebagai rekod, pada Pilihan Raya Umum yang ke 13 lalu, Allahyarham telah berjaya menewaskan dua lawan dari PAS, Khalil Idham Lim Abdullah dan calon Bebas yang juga bekas ahli UMNO yang belot, Kamilia Ibrahim dengan majoriti 1,082 undi.

Kerusi ini majoritinya didami oleh kaum Melayu dengan 68 peratus, Cina dengan 24 peratus dan India seramai 7 peratus. Jika dilihat daripada rekod lampau, kerusi Parlimen ini sememangnya milik Barisan Nasional secara tradisinya. Pastinya ia merupakan satu cabaran yang cukup hebat bagi bakal calonnya untuk terus mengekalkan penguasaan UMNO dan BN di kerusi ini.

Timbul satu persoalan, adakah PAS dan PAN mahupun PKR mahu bertanding dikerusi ini? Sehingga artikel ini ditulis, PAS dan PAN sudah mengesahkan akan bertanding di kerusi ini dan ini pastinya menyajikan pertembungan 3 penjuru di Bandar Di Raja ini.

Tidak perlu untuk membicarakan tentang persediaan UMNO dan BN bagi menghadapi mana-mana pilihan raya. Tumpuan pastinya akan terarah kepada kemampuan pembangkang yang ditunjangi oleh DAP, PKR dan PAN untuk bangkit dari kekecewaan setelah diaibkan di dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak yang baru lalu. Adakah mereka masih mampu untuk bangkit dan seterusnya menumbangkan BN di dua buah kerusi Parlimen yang boleh dikatakan secara tradisinya milik UMNO dan BN?


Tidak dilupakan, adakah gerakan penentangan yang diketuai oleh Tun Dr Mahathir Mohamed bersama-sama kuncu-kuncunya mampu untuk menggagalkan usaha UMNO dan BN memenangi kerusi ini? Jika dilihat dari momentum yang diperolehi BN di Sarawak, pastinya ia bakal memberi mimpi buruk kepada “haters” BN yang pastinya akan giat melemparkan pelbagai dakyah dan fitnah pada PRK kali ini.

Untuk mengatakan BN dan UMNO mudah untuk memenangi kerusi ini, mungkin terlalu melampau rasanya. Namun, andai jentera pilihan raya BN dapat bergerak dengan cukup seragam seperti yang ditunjukkan pada PRN Sarawak yang lalu, pastinya kerusi ini akan kekal ditangan UMNO dan BN untuk sekurang-kurangnya sehingga Pilihan Raya Umum ke 14 nanti.







ref.:http://www.pru14.tv/2016/05/09/medan-seterusnya-sungai-besar-dan-kuala-kangsar/

admin

MRA-CW

Saturday, April 30, 2016

SELAMAT DATANG BLOG MALAYSIAN RED ARMY - CYBER WARRIOR @ TENTERA MERAH

SIARAN SULUNG MRA - CW 2016

ASSALAMUALAIKUM

Selamat Datang ke Blog MALAYSIAN RED ARMY- CYBER WARRIORS 2016


MALAYSIAN RED ARMY - CYBER WARRIORS @ #TenteraMerah @MRA-CW is under Malaysian NGO Federation (GABUNGAN NGO MALAYSIA) that emphasised the Multimedia and Cyber War against the Anti-National and Pro-Opposition also  Left-Wing NGO's i.e. RBA etc.

All Cyber and Keyboard Warriors are welcomed especially Malaysian Youngsters that loved the mother nation also to the premiers.

All Political and Social-Economics issues are presentable within open-minded and proper mannered presentation. 

Admin has the right to accept and to reject as to delete any post that be harmful to the Norm-ethics of Social Media Regulations. Thank you.

WASSSALAMUALAIKUM

"NO RETREAT NO SURRENDER"

"NO PAIN NO GAIN"


Admin.   
MRA-CW
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...