Mayat kedua, ketiga, keempat dikenal pasti Sundaran, Ahmad Sobri dan Tuan Asmuni
MRA-CW
KUCHING - Mayat kedua dan ketiga nahas helikopter, Khamis lepas, disahkan sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr. Sundaran Annamalai serta pengawal peribadi Timbalan Menteri Datuk Noriah Kasnon, Konstabel Ahmad Sobri Harun.
Manakala mayat keempat, difahamkan dikenal pasti sebagai suami Noriah, Tuan Asmuni Abdullah.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pengesahan jasad Sundaran, 57, dibuat hasil proses identifikasi oleh pakar forensik Hospital Umum Sarawak (HUS) di sini, pada 11.15 pagi ini.
"Identiti mayat telah disahkan melalui padanan cap jari selain penemuan barang peribadi pada diri mangsa," katanya kepada pemberita di HUS selepas menziarah anggota keluarga mangsa nahas helikopter itu.
Mayat yang ditemukan dalam keadaan masih memakai tali pinggang keselamatan itu kemudian dibawa dengan helikopter dan tiba di hospital kira-kira pukul 11 pagi untuk proses bedah siasat, identifikasi dan pengecaman oleh waris keluarga.
Manakala mayat ketiga pula disahkan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Seri Muhammad Sabtu Osman.
Menurut Muhammad Sabtu, pengesahan tersebut berdasarkan kad kuasa polis yang ditemui bersama jenazah, dan perkara itu juga disahkan Jabatan Forensik Hospital Umum Sarawak.
"Beliau dikenal pasti melalui kad kuasa polis yang ada bersamanya ketika ditemui. Jenazah akan dibawa pulang ke Terengganu oleh pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) selepas selesai urusan di sini," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
MRA-CW
No comments:
Post a Comment