Arahan telah oleh Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) sejak beberapa bulan yang lalu, tanpa notis rasmi atau kata nasihat kepada peniaga kecil yang telah berniaga sejak 8 tahun yang lalu.
Pada 29 April 2016 jam 8.30pm, pihak MPPD telah membuat serbuan dan merampas perkakasan dan bahan mentah peniaga peniaga tersebut termasuk generator, kerusi dan meja yang mengakibatkan perniagaan mereka terpaksa ditutup sehingga kini. Kerugian para peniaga dianggarkan berjumlah RM 3,000.00.
Rujuk link : Malam Serbuan MPPD.
Sehubungan dengan itu, pihak GMPN telah turun padang susulan serta merta ke Batu 4, Pantai Saujana, Port Dickson dan tiba jam 4.30 petang tadi untuk mendengar sendiri rintihan dan keluhan para peniaga tersebut seterusnya mengambil tindakan sewajarnya untuk membela nasib mereka.
Lawatan di tapak niaga tersebut diisi dengan sessi temubual dan sidang media oleh #MediaGMPN dengan para peniaga dan pelanggan mereka berkenaan tindakan rampasan dan serbuan MPPD serta nasib mereka sebagai peniaga dan penjaja di masa akan datang.
Pelbagai Sessi video dan fotografi diadakan bagi membawa Isu ini ke tengah bagi tindakan selanjutnya. Semoga nasib para penjaja berlori ini akan terus dibela dan tidak terjejas mata pencarian leluarga mereka.
Kami pihak GMPN akan terus memantau dan mengikut perkembangan semasa sehingga masalah ini selesai sepenuhnya.
PERSOALANNYA,,,,,,,,,,
BELA PENJAJA ATAU KEPENTINGAN SENDIRI ??
INI SUARA MEREKA, SUARA RAKYAT NEGERI SEMBILAN !!
Sekian, sekadar melaporkan dari lapangan, Port Dickson, N.Sembilan dan lawatan tersebut berakhir pada Jam 7.30 malam 30 April 2016.
No comments:
Post a Comment