Friday, May 6, 2016

LIPUTAN KHAS MEDIA DAN WAWANCARA KHAS LAPORAN TERKINI DARI SARAWAK !!!


LAPORAN TERKINI : MALAM 5 MEI 2016

LIPUTAN PILIHANRAYA NEGERI SARAWAK DAN KEMALANGAN UDARA YANG MELIBAT YANG MEMBAWA 6 ORANG PENUMPANG TERMASUK TIMBALAN MENTERI YB DATO' NORIAH KASNON YANG JUGA AHLI PARLIMEN SG. BESAR, SELANGOR DARUL EHSAN. 




SUMBER : ASTRO AWANI 5 MEI 2016



(TERKINI) Mayat Wanita Itu Sah Milik Noriah Kasnon - UPDATED 6 MEI 2016





Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim mengesahkan satu jasad yang ditemui berhampiran serpihan pesawat di Sungai Batang Lupar pada jam 12 tengah hari tadi milik arwah Datuk Noriah Kasnon.

Dalam catatan facebooknya, Rohani memberitahu, beliau kini berada di ibu pejabat polis kontingen Sarawak bagi menyambut ketibaan jenazah Noriah.

"Sekarang ini saya berada di IPK Sarawak untuk menyambut jenazah adik saya YB Noriah
yang merupakan mangsa pertama eksiden helikopter," katanya.

Difahamkan, beberapa pihak sedang menguruskan kepulangan anak-anak arwah Noriah
ke Kuching untuk urusan pengebumiannya. Anak-anak arwah Noriah diterbangkan dari Lapangan Terbang TUDM Subang ke Kuching dengan menggunakan pesawat khas milik Polis DiRaja Malaysia (PDRM).

Menurut catatan akaun facebook milik Anti Semua Salah UMNO - ASSU, kedua-dua anak arwah bersama menantunya diterbangkan bersama-sama pasukan penyelamat.

"Dua orang anak Datuk Noriah iaitu Syafik dan Adam serta menantu, Farah Nadhirah akan bersama-sama pasukan penyelamat dalam usaha pengecaman dan sebagainya.

"Noriah Kasnon mempunyai empat orang anak, dua perempuan dan dua lelaki.

"Turut menemani mereka di Lapangan Terbang TUDM Subang adalah Datuk Noh Omar dan SUK YB Datuk Noriah iaitu Mhaimin.


"Semoga keluarga arwah terus tabah menghadapi dugaan ini, salam takziah buat
keluarga arwah. semoga arwah di tempatkan di kalangan orang2 beriman.
Al-Fatihah," katanya. -mk


Nahas Eurocopter AS350 : Mayat wanita ditemui di tebing sungai

Mayat seorang wanita disahkan ditemui Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak sewaktu operasi mencari dan menyelamat di kawasan tumpuan pencarian sebuah helikopter yang dipercayai hilang di tebing sungai Batang Lupar.

Menurut Pengarahnya, Nor Hisham Mohammad, mayat wanita yang ditemui tersangkut di tebing sungai itu dalam proses dibawa balik ke hospital untuk pengecaman.

“Pencarian dilakukan di sekitar kawasan SAR di mana seprihan ditemui.

“Selepas penemuan mayat pertama, kami telah mengehadkan radius kawasan pencarian iaitu sekitar empat kilometer daripada kawasan mayat ditemui,” kata Nor Hisham dalam satu temubual langsung dengan saluran televisyen Astro Awani sebentar tadi.

Nor Hisham juga menafikan mana-mana viral tentang insiden terbabit dan mengesahkan hanya satu mayat sahaja yang ditemui setakat ini.

Mayat tersebut dijumpai kira-kira 15 kilometer dari pekan Sembuyau.

JBPM telah menggerakkan 50 kekuatan anggota dan pegawai daripada unit Multi Skill Team (MUST) dan Pasukan Khas Operasi Taktikal dan Menyelamat (Storm) serta lain-lain pegawai dalam pencarian itu.

Pesawat jenis Eurocopter AS350 itu berlepas dari Betong pada 4.12 petang semalam dalam penerbangan ke Kuching sebelum terputus hubungan dengan menara kawalan dan hilang 20 minit kemudian.

Laporan awal menyatakan ia membawa beberapa orang VIP termasuk Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon dan enam orang termasuk suami Noriah, Asmuni Abdullah dan Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad, yang juga merupakan Anggota Parlimen Kuala Kangsar.

Penumpang lain ialah Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Sundaran Ann Amalai serta pengawal peribadi Noriah, Ahmad Sobri. Pesawat itu dilaporkan diterbangkan oleh Kapten Rudolf Rex Ragas. -FMT

















LIPUTAN AWAL. LIPUTAN SETERUSNYA AKAN MENYUSUL.......



ADMIN
MRA-CW

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...